Friday, October 31, 2008

3 CARA SYAITAN MEMPERDAYA MANUSIA


SYAITAN adalah musuh orang beriman yang menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu dan menghasut anak Adam agar menyeleweng serta melakukan dosa. Keangkuhan syaitan menyebabkan ia mengganggu beberapa nabi dan rasul dengan menyamar untuk memerangkap serta memperdayakannya. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa dengan syaitan. Syaitan berkata: Wahai Musa, engkaulah yang dipilih Allah untuk membawa risalahnya-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhluk telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku. Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan. Baginda berkata: "Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan." Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya. Syaitan berkata: "Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada." Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu. Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab: "Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah. "Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan engaku." Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya. Pada syaitan, martabat bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api

Monday, October 27, 2008

Lelaki Acuan Al Quran



Lelaki acuan al-quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah s.w.t

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar

Yang tidak gentar melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya:

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari

Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang.

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibunya:

Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan keluarga

Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.

Yang akan mendidik anak mendalami agama islam.

Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan

kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya:

Yang hidup di bawah naungan al-Quran

dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.

Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa:

Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca.

Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir.

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.
Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati:

Yang baginya di dunia adalah ladang akhirat.

Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga.

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia..

Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah rumah impiannya..

Dialah lelaki acuan al-Quran."

Monday, October 20, 2008

Tajuk-tajuk penting


Khas utk pelajar form 1, antara tajuk2 yang perlu diberi perhatian kali ini ialah :


Topik 1

Topik 9

Topik 11

Topik 12

Topik 13

Topik 14

Topik 18

Topik 20 (bersuci)

Topik 22

Topik 25

Topik 28

Topik 29 (Abu Bakar)

Topik 35

Topik 37


* Tajuk2 ini perlu diberi perhatian utk PP2 kali ini. Belajar rajin2. Semoga berjaya.

Friday, October 17, 2008

7 jenis wajah di dalam kubur




1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan
perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini
jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam
Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat
lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai
dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan
keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan
ditempat gelap, minum arak,
berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.

Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta
yang haram. Harta yang haram banyak contohnya.
Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta
haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.

Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal
soleh.

Chat Box